Penggal 3

PENGGAL 3 : LANUN !

Posted on

ISU PERLANUNAN DI PERAIRAN NEGARA DAN PERAIRAN ANTARABANGSA.
PENGENALAN
Terdapat peningkatan yang mendadak ke atas serangan lanun dan percubaan serangan lanun. Selat Melaka dan kawasan perairan utama dunia merupakan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi tetapi tidak sekali-kali menjejaskan aktiviti perdagangan antarabangsa malahan berlaku peningkatan dari segi jumlah bilangan kapal yang melaluinya. Masyarakat maritim antarabangsa tidak dapat menafikan kepentingan perairan laut sebagai laluan perkapalan bagi negara-negara dagangan utama dunia seperti di Asia Timur, Amerika Utara dan Eropah. Oleh itu, keperluan untuk memastikan keamanan dan keselamatan di perairan tersebut supaya bebas daripada ancaman serangan lanun serta rompakan bersenjata adalah amat penting bagi menjamin keselamatan pengguna-pengguna.
MENGAPA WUJUD KEGIATAN LANUN ?
1. Faktor ekonomi – laluan kapal untuk perdagangan seperti membawa bahan bakar petroleum dan gas. Kemakmuran ekonomi negara-negara pesisir.
2. Tumpuan Pelabuhan-pelabuhan utama. Selain daripada mempunyai kepentingan ekonomi kepada masyarakat maritim antarabangsa, Selat Melaka dan Selat Singapura juga menjadi tumpuan pelabuhan-pelabuhan utama dunia seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura. Berpotensi mendapat ancaman atau percubaan serangan lanun. Singapura merupakan sebuah negara yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pelabuhannya yang kini merupakan pelabuhan kontena paling utama di dunia. Kebolehan pelabuhan ini menyediakan perkhidmatan pengendalian kargo dan kapal secara profesional merupakan faktor utama yangmendorong pengguna pelabuhan untuk terus singgah di pelabuhan ini.
3. Aktiviti maritim lain seperti perikanan dan pusat rekreasi. Industri perikanan merupakan salah satu sektor utama yang membantu dalam menjana pendapatan negara Malaysia. Terdapat dua jenis perikanan yang diusahakan oleh Malaysia iaitu perikanan pesisr pantai dan perikanan laut dalam. Manakala terdapat banyak pusat rekreasi yang terletak di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti di Port Dickson, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Langkawi di Kedah yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa.
KERJASAMA YANG TELAH DAN AKAN DIADAKAN DI PERINGKAT SERANTAU DAN ANTARABANGSA DALAM MENANGANI ISU INI.
1. Rondaan Bersama (Joint Patrol) Rondaan bersama antara Malaysia, Indonesia dan Singapura atau singkatannya MALSINDO telah mula dilaksanakan pada bulan Julai 2004 dan secara keseluruhannya ia bersifat bilateral daripada multilateral. Rondaan ini turut melibatkan pengangkutan laut dan udara dari negara-negara yang terlibat dalam usaha mengawal perlanunan di kedua-dua buah selat tersebut.
2. Malaysia telah berjaya menubuhkan Pasukan Pengawal Pantai di bawah Agensi penguatkuasa Maritim Malaysia (MMEA) yang terlibat dalam membuat rondaan di sepanjang Selat Melaka dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. MMEA mempunyai kuasa untuk menguatkuasa undang-undang Persekutuan ke atas keseluruhan wilayah maritim Malaysia sehingga 200 batu notika dari pesisir pantai Malaysia serta bertanggungjawab menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
3. Penglibatan Negara-negara ASIA – Terdapat 11 buah Negara-negara Asia telah memperakukan satu perjanjian kerjasama untuk membenteras perlanunan dan rompakan bersenjata di rantau Asia Tenggara ini. Kerjasama tersebut yang dikenali sebagai The Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery Against Ships telah diperakukan oleh Negara-negara seperti Kemboja, India, Japan, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Dua buah Negara lagi iaitu Bangladesh dan Brunei sudah menandatangai perjanjian tersebut dan sedang dalam proses memperakukan perjanjian tersebut.
4. Penglibatan dalam aktiviti usahasama di peringkat serantau dalam usaha untuk membanteras kejadian lanun ini termasuk membangunkan rangkaian network bagi pertukaran maklumat mengenai jenayah.
5. Peranan pelabuhan. Antara langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak pelabuhan adalah pertama, mempertingkatkan keselamatan di kawasan dermaga, laluan menuju ke pelabuhan, kawasan kapal berlabuh termasuk rondaan berterusan di kawasan tersebut. Kedua, pengawasan berterusan ke atas kejadian-kejadian serangan di kawasan pelabuhan untuk mengenalpasti trend modus operandi yang digunakan oleh lanun dan melaporkan kejadian tersebut.
6. Konvensyen antarabangsa, terdapat beberapa konvensyen yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan maritim yang boleh diterimapakai untuk membanteras kejadian serangan lanun. Antaranya termasuklah konvensyen undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS), pencemaran laut (MARPOL 73/78), konvensyen keselamatan kehidupan di laut (SOLAS 74) dan mencari serta menyelamat (SAR 79) yang telah ditandatangani oleh hampir kesemua negara- negara Asia Tenggara.

Kesimpulan –
Isu perlanunan merupakan satu isu global yang perlu ditangani oleh masyarakat maritim antarabangsa. Walaupun statistik serangan lanun bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2000-2005 telah menunjukkan penurunan yang memberangsangkan namun ini tidak bermakna segala aktiviti rondaan dan kawalan yang sedang dijalankan perlu dikurangkan. Sebaliknya, setiap rondaan dan kawalan perlu dipertingkatkan untuk mengelak sebarang percubaan serangan-serangan baru.

Penggal 3 : Pelaburan Asing

Posted on Updated on

Usaha menarik pelaburan asing, kebaikan dan keburukan :

Pengenalan :

Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

Langkah-langkah manarik masuk pelaburan asing :

1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing.

Read the rest of this entry »