Pengurusan Bencana Alam

Posted on Updated on

Malaysia sering menghadapi bencana akibat kejadian banjir dan ribut yang menyebabkan kemusnahan kepada harta benda, kehilangan nyawa dan perpindahan penduduk. Insiden-insiden seperti Ribut Tropika “Greg” yang melanda Pantai Barat Sabah pada 26 Disember 1996 di mana lebih daripada 200 orang terkorban dan 4,925 buah rumah musnah dan kejadian banjir besar meliputi seluruh negeri Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak pada Disember 2006 telah menyebabkan kerugian yang amat besar kepada negara. Walaupun secara geografinya Malaysia terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik (Pacific Rim Of Fire), kejadian tsunami yang melanda Pantai Barat Semenanjung Malaysia pada 26 Disember 2004 telah menyebabkan 74 orang terkorban telah mengejutkan negara.

Gempa bumi yang berlaku di Indonesia baru-baru ini turut dirasai gegarannya. Gegaran yang berlaku di Bukit Tinggi, Pahang dan Negeri Sembilan boleh menyebabkan kejadian bencana dalam negara. Malaysia juga harus bersedia untuk
menghadapi kemungkinan kejadian bencana akibat gempa bumi yang mungkin melanda negara ini pada masa hadapan. Selain daripada kejadian bencana alam semula jadi, bencana juga boleh berlaku akibat daripada kegagalan dan kecuaian manusia. Pelaksanaan pembangunan yang tidak terancang, pembangunan di kawasan-kawasan cerun dan di kawasan tadahan hujan, pembalakan yang tidak terkawal dan pencemaran alam sekitar akibat pembakaran terbuka mengundang kejadian bencana. Bencana dapat ditakrifkan sebagai sesuatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda dan alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat
setempat. Pengurusannya memerlukan kecekapan menggembelingkan serta penyelarasan yang berkesan sumber, peralatan, kekerapan dan penggunaan tenaga manusia yang ekstensif daripada pelbagai pihak. Ianya juga melibatkan tindakan yang kompleks dan memerlukan jangkamasa yang panjang untuk diselesaikan. Bertitik tolak daripada keruntuhan  Pangsapuri Highland Towers di Hulu Kelang, Selangor pada 11 Disember 1993, di mana 48 orang menjadi korban, Jemaah Menteri yang bersidang pada 18 Mei 1994 telah memutuskan supaya satu mekanisma pengurusan bencana diwujudkan bagi menguruskan bencana di negara ini. Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah dipertanggungjawabkan untuk memikul tugasan ini. Arahan MKN No. 20, Dasar dan Mekanisma Pengurusan dan Bantuan Bencana Negara telah diwujudkan dan ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri pada 11 Mei 1997. Arahan ini menggariskan dasar pengurusan dan bantuan bencana serta menentukan peranan serta tanggungjawab agensiagensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu kejadian bencana yang berlaku. Arahan ini juga meliputi tindakan pemantauan terhadap aktivitiaktiviti pencegahan dan persediaan agensi-agensi tertentu untuk menghadapi sesuatu bencana. Berdasarkan Arahan ini, Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana telah dibentuk meliputi Peringkat Pusat, Negeri dan Daerah bagi menguruskan bencana mengikut tahap masing-masing. Selaras dengan pembentukan jawatankuasa-jawatankuasa ini, perintah dan kawalan di tempat kejadian juga dibentuk di mana Polis Diraja Malaysia dilantik sebagai Komander dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Timbalan Komander untuk mengurus situasi di tempat kejadian dengan dibantu oleh agensi sokongan yang lain. Pelbagai undang-undang telah digubal dan dikuatkuasakan oleh Kerajaan untuk mencegah bencana daripada berlaku. Antaranya adalah Akta Pemuliharaan Tanah 1960, Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Undang-
Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 dan lain-lain lagi. Akta-akta ini menyokong antara satu sama lain bagi membentuk rangka kerja pencegahan bencana secara menyeluruh.
Banjir merupakan bencana yang sering berlaku di Malaysia. Menurut Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), setiap tahun dianggarkan 29,800 kilometer persegi kawasan di Malaysia mengalami kejadian banjir. Kejadian banjir pada tahun 2006 dan 2007, negara telah mengalami kejadian banjir yang teruk yang menyebabkan kerugian masing-masing mencecah RM1.1 bilion dan RM776 juta hanya bagi aset-aset kerajaan di negeri-negeri yang terlibat. Kerugian ini tidak termasuk kerugian yang ditanggung oleh rakyat dan kerugian
tidak langsung terhadap ekonomi di kawasan yang dilanda banjir. Sejak tahun 1972, Kerajaan telah membelanjakan berbilion-bilion  ringgit bagi Projek Tebatan Banjir di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun untuk mengurangkan risiko banjir. Dalam Rancangan Malaysia Ke-8 (2001- 2005), Kerajaan telah memperuntukkan RM1.79 billion bagi projek tebatan banjir.
Manakala, dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (2006-2010), peruntukan bagi projek tebatan banjir meningkat secara mendadak kepada RM 5.81 billion. Selain itu, Kerajaan juga memperuntukkan RM100 juta kepada JPS bagi projek  penyelenggaraan sungai di seluruh negara bagi tahun 2009. Projek Tebatan Banjir Stormwater Management and Road Tunnel (SMART) yang mengintegrasikan langkah pencegahan banjir kilat serta kesesakan lalu lintas di Kuala Lumpur telah berjaya meredakan kejadian banjir kilat yang berlaku di Kuala Lumpur. Ini membuktikan komitmen Kerajaan yang amat tinggi terhadap projek-projek pencegahan banjir demi menjaga kesejahteraan rakyat.  Selain daripada itu, JPS telah menyediakan Manual Pengurusan Air Ribut Bandar atau Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) pada tahun 2000, manakala, Jabatan Perancang Bandar dan Desa pula telah melaksanakan  program yang menitikberatkan perancangan dan pembangunan yang berhemah di kawasan berisiko bencana yang dikenali sebagai Land Use Planning
Appraisal For Risk Areas (LUPAr) pada tahun 2005 untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan dalam pembangunan fizikal di kawasan mereka.
Jabatan Kerja Raya pula telah menyiapkan Pelan Induk Cerun Negara pada awal tahun 2009 bertujuan untuk pengurusan cerun-cerun dan pengurangan risiko untuk kejadian tanah runtuh yang lebih komprehensif. Jabatan Alam Sekitar pula telah menggunapakai Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan dalam menangani kejadian jerebu di dalam negara.
Kerajaan melalui agensi-agensi tertentu telah menyediakan prasarana amaran awal bencana. JPS telah membangunkan sistem ramalan dan amaran awal banjir di mana maklumat-maklumat ini disalurkan kepada agensi tindak balas dan juga kepada orang awam. Sistem ini merangkumi 196 stesen telemetri hujan, 95 stesen telemetri aras air, 1683 tolok lurus, 182 papan amaran banjir serta 395 siren amaran banjir.  Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) merupakan agensi utama dalam menyediakan ramalan dan amaran awal kepada negara dalam perkaraperkara berkaitan meteorologi dan seismik dalam negara. Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) telah dibangunkan dan dipertingkatkan
dari semasa ke semasa. Sistem ini turut melibatkan pemasangan 2 unit pelampung tsunami di Pulau Rondo dan Pulau Layang-Layang. Sistem ini membolehkan negara mendapat amaran awal sekiranya berlaku gempa bumi dan tsunami di Lautan Hindi, Laut China Selatan dan Lautan Pasifik. JMM bekerjasama rapat dengan Pacific Tsunami Warning Center (PTWC) yang  berpusat Hawaii dan Japan Meteorological Agency (JMA).  Selain daripada sistem amaran awal tsunami, JMM juga sejak lama dahulu telah bertindak dalam menyediakan sistem pemantauan dan penyebaran amaran berkaitan dengan ramalan cuaca. Sistem Third Generation Wave Model (WAM) dan Storm Surge Model digunapakai dalam meramalkan keadaan angin kencang, laut bergelora dan ketinggian ombak di kawasan pantai. Dalam perkara ini juga, JMM bekerjasama rapat dengan Joint Typhoon Warning Center
(JTWC). Maklumat-maklumat ramalan cuaca sentiasa disalurkan kepada agensi-agensi pengurusan bencana termasuk agensi-agensi maritim yang berkaitan melalui telefon, faks, khidmat pesanan ringkas, media massa dan laman sesawang. JMM juga telah membangunkan Sistem Amaran Bencana Melalui Talian Tetap (Fixed-Line Alert System) yang membolehkan masyarakat yang tinggal di antara 1 hingga 3 kilometer dari kawasan persisiran pantai mendapat panggilan amaran perpindahan ke kawasan lebih selamat sekiranya tsunami dan ombak besar akan benar-benar berlaku.  Jabatan Alam Sekitar pula telah membangunkan 51 stesen  pemantauan kualiti udara di seluruh Semenanjung Malaysia bagi memantau indeks pencemaran udara (IPU) dalam negara. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dan media elektronik juga memainkan peranan penting dalam pengurusan bencana. Maklumat-maklumat mengenai ramalan cuaca, peningkatan aras air sungai, jalan-jalan ditutup dan jalan-jalan alternatif akibat banjir serta indeks pencemaran
udara (IPU) telah dapat diperolehi secara masa sebenar di laman-laman sesawang agensi yang bertanggungjawab. Masyarakat boleh mendapatkan maklumat tersebut di hujung jari untuk kegunaan mereka.  Selain itu, media-media Kerajaan dan swasta juga memainkan peranan yang amat penting dalam menyalurkan program-program kesedaran dan maklumat dalam masa sebenar kepada masyarakat sekiranya berlaku bencana.
Kerajaan juga telah memperkemaskan sistem panggilan kecemasan melalui Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia “999” bagi membolehkan masyarakat menyampaikan maklumat kecemasan kepada agensiagensi berkenaan. Bagi membolehkan agensi-agensi ini melaksanakan tugas dengan cepat, masyarakat juga perlu memainkan peranan untuk tidak membuat
panggilan palsu. Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menyediakan pusat-pusat pemindahan dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan keselesaannya untuk menempatkan mangsa-mangsa bencana. Agensi-agensi Kerajaan menguruskan pusat-pusat pemindahan dalam kerja-kerja memasak, menjaga kebersihan, keselamatan dan aktiviti lain.

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s