Dasar Luar Malaysia

Posted on Updated on

EVOLUSI DASAR LUAR MALAYSIA MENGIKUT PERSONALITI PERDANA MENTERI

Dasar luar negara tidak statik. Secara asasnya, pembentukannya ialah proses yang dinamik. Oleh itu, dalam beberapa tahun ini, dasar luar negara kita berkembang dengan mengambil kira perubahan kepimpinan serta keadaan politik dan ekonomi global yang sentiasa berubah. Tambahan pula, kemunculan globalisasi dan transformasi dalam hubungan antara negara yang disebabkan oleh teknologi maklumat yang baru dan berubah pantas, semestinya bermaksud dasar luar negara kita perlu diubah dan diperhalus untuk menghadapi cabaran baru dalam dunia globalisasi.

Gaya dan pendekatan dalam mengumumkan dasar luar negara Malaysia mungkin berbeza mengikut personaliti setiap Perdana Mentari Malaysia yang dahulu dan sekarang. Satu kajian penting terhadap dasar luar negara Malaysia sejak 1957 menunjukkan perkembangannya yang stabil mempunyai ciri perubahan ketara mengikut perubahan dalam pengawasan politik Malaysia. Ia boleh diringkaskan seperti berikut:

1. Era Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj ( 1957–1969 )

Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj
Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj

 

 

 

 

 

 

Dalam tempoh 1957–1969, negara kita baru memperoleh kemerdekaan. Sepanjang tempoh pramerdeka ini, di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putera Al-Haj, dasar luar negara kita didorong ke arah kelangsungan hidup negara yang baru merdeka. Dasar luar negara kita pada waktu itu ternyata bersifat anti-Komunis dan pro-Barat dengan hubungan yang rapat dengan Komanwel. Kita juga menentang kuat aparteid. Pendirian kita tentang kerjasama serantau juga mula bertapak dengan kemunculan ASA (1960), MAPHILINDO (1963) dan ASEAN (1967).

2. Era Tun Abdul Razak ( 1970–1976 )

Tun Abdul Razak
Tun Abdul Razak

 

 

 

 

 

 

Dalam tempoh 1970–1976, di bawah kepimpinan Tun Abdul Razak, sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Malaysia mula mengenalkan dirinya sebagai sebuah “Negara Islam”. Pencarian negara rakan baru secara besar-besaran meningkatkan kepentingan NAM kepada Malaysia. Kita dikenali sebagai negara berkecuali dan terdorong ke arah kekecualian, kewujudan bersama secara harmoni dan kebebasan. Kita juga mula menjauhkan diri daripada kuasa utama dunia, menekankan semangat serantau dan membina hubungan dan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Pelaburan daripada negara selain British juga mula dialu-alukan.

3. Era  Tun Hussien Onn (1976–1981)

Tun Hussien Onn

 

 

 

 

 

 

Tempoh penggabungan di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn (1976–1981) dengan ASEAN menjadi asas dalam dasar luar negara Malaysia ekoran daripada kejatuhan Saigon (kini Bandar Ho Chi Minh) pada tahun 1975, pengunduran Tentera AS dari Asia Tenggara dan pencerobohan Kampuchea (kini Kemboja) oleh Vietnam. Sidang Kemuncak ASEAN yang pertama diadakan dan Malaysia menandatangani Perjanjian Persahabatan dan Kerjasama di Bali pada tahun 1976. Penekanan yang lebih tegas turut dibuat ke atas kebebasan, kekecualian dan kedudukan yang sama dengan kuasa utama dunia.

4. Era Tun Dr Mahathir ( 1982 – 2003 )

Tun Dr Mahathir

 

 

 

 

 

 

Perubahan yang lebih drastik terjadi apabila Tun Dr. Mahathir Mohammad mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri yang keempat pada tahun 1981. Pendirian dasar luar negara Malaysia lebih banyak berorientasikan ekonomi daripada sebelum ini, ditambah dengan pembelaan yang kuat dan bersemangat kebangsaan untuk hak, kepentingan dan aspirasi negara membangun serta sokongan daripada Kerjasama Selatan-selatan. Kepimpinan Tun Dr. Mahathir menunjukkan pelbagai inisiatif baru diusahakan, contohnya:

Pelbagai Inisiatif Baru yang Diusahakan:

  • Antartika sebagai warisan bersama dunia.
  • Dasar Pandang ke Timur (LEP).
  • Berjuang untuk negara membangun dalam isu utama seperti alam sekitar, hak asasi manusia dan demokrasi.
  • Dengan kemunculan globalisasi, mengenal pasti kesan baik dan buruk globalisasi terhadap negara membangun.
  • Pendekatan yang proaktif dan bersungguh-sungguh dalam isu Aparteid dan Palestin.
  • Perpaduan Islam – Mempengerusikan dan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak OIC ke-10, tuan rumah Ekspo OIC Pertama, membentuk D-8.

Keamanan dan keselamatan antarabangsa – Malaysia menganggotai UNSC, peranan sebagai pengaman di beberapa buah negara seperti Kemboja, Somalia, Bosnia, Kosovo, Namibia dan Timur Leste. Malaysia turut giat menentang sikap pilih kasih, berat sebelah dan tindakan pintas di luar lingkungan PBB.

  • Keganasan – Malaysia menerapkan kerjasama antarabangsa serantau yang kukuh untuk membanteras keganasan, menentang kuat menyalahkan agama atau kaum, menyarankan pelbagai aspek pendekatan dalam membanteras keganasan termasuk mengenal pasti dan menghapuskan penyebabnya, menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri-menteri Luar OIC berkenaan Keganasan pada tahun 2002, menubuhkan SEARCCT yang memberikan tumpuan utama kepada latihan dan pembinaan keupayaan.

Membuka Sempadan Baru:

  • Mengadakan hubungan dua hala secara aktif dengan negara Afrika, Amerika Latin dan Eropah Timur, terutamanya dalam perdagangan, pelaburan dan pemindahan teknologi dengan semangat Kerjasama Selatan-Selatan. Termasuk juga membuka Perwakilan Diplomatik dan lanjutan kepada Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP) di negara ini.

Berorientasikan Ekonomi:

  • Kerjasama Ekonomi Asia Timur (daripada EAEG kepada EAEC kepada ASEAN +3).
  • Kerjasama Pembangunan Serantau – Konsep Segi Tiga Pertumbuhan, seperti, IMTGT, IMSGT, BIMP-EAGA.
  • Kumpulan G-15 (G15) – pelaksanaannya dimulakan oleh Malaysia.
  • Diplomasi Ekonomi – pelaburan ke luar negara dengan prinsip ‘makmurkan jiran anda’, Kerjasama Selatan-Selatan, MIGHT, Dialog Antarabangsa Langkawi (LID), Dialog Antarabangsa Afrika Selatan (SAID).

5. Era Tun Abdullah Ahmad Badawi ( 2003 -2009 )

Tun Abdullah Ahmad Badawi

 

 

 

 

 

 

Tempoh 2003–kini, inisiatif dasar luar negara sudah dilaksanakan. Di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi, inisiatif dasar luar negara terus diperhalus untuk memperlihatkan:

  • Respons pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi semasa Pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas.
  • Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada.
  • Peranan kepimpinan yang berpengaruh sebagai Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) dan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan ASEAN; dan
  • Malaysia sebagai contoh terkemuka sebuah negara Islam yang bertoleransi dan progresif – Islam Hadhari

Perkembangan dasar luar negara di bawah kepimpinan perdana menteri yang silih berganti menunjukkan tindak balas pragmatik terhadap perubahan geopolitik dan ekonomi pada tempoh tersebut. Untuk terus relevan dengan keperluan negara, dasar luar negara tidak boleh statik.

Walaupun perubahan dalam keutamaan menjadi ciri asas bagi dasar luar negara Malaysia, kesinambungan juga jelas kelihatan. Perubahan dan kesinambungan ini memperlihatkan tahap keyakinan dan kematangan negara yang lebih tinggi dalam mengendalikan hubungan antarabangsanya. Malah, kepimpinan Malaysia turut diiktiraf dalam pelbagai isu yang menarik minat negara membangun.

Sebagai sebuah negara yang berdagang, kita amat bergantung pada persekitaran antarabangsa yang harmoni demi kesejahteraan kita. Pada asasnya, dasar luar negara kita perlu diorientasikan supaya tumpuan yang lebih besar dapat diberikan kepada diplomasi ekonomi. Pada masa lalu, semasa kita menghasilkan khususnya bahan mentah dunia, Malaysia perlu bersaing dengan hanya segelintir negara.

Kini, apabila kita menjadi negara perdagangan industri, kita tiada pilihan lain kecuali berusaha lebih keras untuk bersaing dengan lebih baik dan mencari pasaran baru untuk barangan dan perkhidmatan kita. Kita perlu mencari dara baru untuk berurus niaga dengan negara luar. Kita perlu mencari bidang yang memberikan kelebihan kepada kita.

Untuk itu, Malaysia melaksanakan beberapa dasar luar negara yang kukuh yang membantu mewujudkan ekonomi yang mantap, dinamik dan mudah pulih. Antara lain, dasar ini termasuklah:

·        Dasar Pandang Ke Timur

·        Pelaburan Keluar Negara – Makmurkan Jiran Anda

·        Penswastaan Malaysia

·        Kerjasama Selatan-Selatan

·        Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP)

·        Dialog Antarabangsa Langkawi

 

5. Era Datuk Seri Najib Tun Razak ( 2009 -kini )

Datuk Seri Najib Tun Razak

>>>

About these ads

One thought on “Dasar Luar Malaysia

    yushaniza yusoff said:
    April 14, 2014 at 12:11 am

    AsSalam,terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu,

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s