Program Transformasi Ekonomi (ETP)

Posted on

Program Transformasi Ekonomi (ETP) berpegang kepada 12 Aktiviti Ekonomi Utama Nasional (NKEAs) yang berpotensi tinggi untuk memacu pertumbuhan ekonomi dan menyumbang secara langsung terhadap peningkatan ekonomi negara.

MEMACU MALAYSIA KE ARAH MENJADI NEGARA MAJU DAN BERPENDAPATAN TINGGI

Program Transformasi Ekonomi (Economic Transformation Programme atau ETP) adalah satu usaha komprehensif yang akan mentransformasikan Malaysia ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Ia akan meningkatkan pendapatan negara kasar (PNK) per kapita Malaysia dari lebih kurang AS$6,700 atau RM23,700 pada 2009 ke lebih daripada AS$15,000 atau RM48,000 pada 2020, dengan itu memacu kemajuan negara ke tahap yang sama dengan negara-negara berpendapatan tinggi yang lain. Perkembangan PNK sebanyak 6 peratus setahun akan membolehkan kita mencapai sasaran yang ditetapkan di bawah Wawasan 2020.

Pelaksanaan ETP yang berjaya akan menyaksikan ekonomi Malaysia berubah dengan ketara mirip negara-negara maju yang lain. Kami akan meneruskan anjakan ke arah ekonomi berdasarkan perkhidmatan dengan menyaksikan sektor perkhidmatan berkembang dari 58 peratus ke 65 peratus pada tempoh yang sama.

Lebih 3.3 juta pekerjaan baru merentasi kawasan bandar dan luar bandar negara akan diwujudkan menjelang 2020.. Ciri-ciri pekerjaan baru ini akan menyebabkan anjakan ke arah julat pendapatan sederhana dan tinggi. Greater Kuala Lumpur/Klang Valley akan ditransformasikan kepada sebuah bandar raya bertaraf dunia. Akhirnya, pertumbuhan akan dicapai dengan cara mampan dan tanpa kos kepada generasi akan datang melalui inisiatif-inisiatif seperti pembinaan kapasiti penjanaan tenaga alternatif dan pemuliharaan alam sekitar bagi mempromosikan ekopelancongan.

ETP Berbeza dari Percubaan Lampau untuk Mengembangkan Ekonomi

Satu pendekatan baru dan berani telah diambil untuk membangunkan ETP. Ini adalah kali pertama usaha sebegini diambil dalam sejarah Malaysia, atau oleh mana-mana negara maju yang lain. Program ini menyediakan fokus mantap pada beberapa enjin pembangunan utama: 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (National Key Economic Areas atau NKEA). NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan ketara kepada prestasi ekonomi negara, dan ia akan menerima keutamaan dalam pelaburan awam dan sokongan polisi. Sektor swasta akan menerajui ETP; manakala Kerajaan akan memainkan peranan utama sebagai fasilitator. Sebahagian besar daripada pembiayaan akan datang dari sektor swasta (92 peratus) dan pelaburan sektor awam akan digunakan sebagai pemangkin untuk memulakan penyertaan sektor swasta.

Keberkesanan sebarang program transformasi bergantung kepada butir-butir khususnya. ETP berbeza dari program-program lain kerana ia menumpu pada tindakan – bukan pada prinsip teori dan idea. Kami telah mengenal pasti 131 projek permulaan (entry point projects atau EPP) yang menggariskan tindakan yang perlu diambil untuk mengembangkan ekonomi. EPP dan peluang-peluang perniagaan lain yang dikenal pasti di bawah setiap NKEA diasaskan pada jumlah sumbangan mereka kepada PNK; dan dipilih berdasarkan pada analisis ekonomi dan kewangan yang teliti. Sebarang perbelanjaan awam akan diperuntukkan pada dasar memaksimumkan PNK daripada setiap ringgit perbelanjaan. Akhirnya, ETP dirumuskan supaya telus dan rapi, di mana sebuah Unit ETP baru di bawah PEMANDU (Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana Menteri) telah ditugaskan untuk mengawasi dan melaporkan kemajuan ETP kepada pemimpin Kerajaan, komuniti perniagaan dan rakyat.

Diwijudkan bersama oleh Sektor-sektor Swasta dan Awam

Semenjak permulaannya, sektor swasta dan komuniti perniagaan telah terlibat dalam pembentukan ETP. Pada Mei 2010, Bengkel Seribu Orang telah dijalankan untuk membantu mengenal pasti 12 NKEA. Sektor awam terus memainkan peranan yang besar apabila makmal-makmal NKEA bermula pada Jun 2010. Lima ratus minda terbaik dari sektor swasta (350 orang dari 200 syarikat berlainan) dan Kerajaan (150 orang dari 60 institusi awam berlainan, kementerian dan agensi) telah berkumpul untuk membangunkan pelan bagi 12 NKEA tersebut.

Idea-idea dan rancangan-rancangan yang dikenalpasti dan dibangunkan di makmal telah disindiketkan dengan meluas sepanjang tempoh lapan minggu makmal tersebut. Lebih 600 mesyuarat pensindiketan telah diadakan dengan kementerian-kementerian, agensi-agensi, syarikat-syarikat multinasional, syarikat-syarikat tempatan dan badan-badan bukan kerajaan. Pemegang berkepentingan utama seperti Perdana Menteri, Menteri-menteri dan para pemimpin perniagaan telah menyertai makmal pada peringkat awal dan memberi maklum balas kepada peserta.

Berikutan dari makmal-makmal tersebut, Hari Terbuka telah diadakan di Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak di mana pelawat (komuniti perniagaan, syarikat multinasional, rakyat dan media) telah melawat gerai-gerai NKEA dan memberi input yang lanjut.

Hasil daripada proses ini adalah satu hala tuju yang jelas untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi dalam masa sepuluh tahun akan datang. Dalam melancarkan ETP, kami mengesahkan bahawa EPP yang tersenarai dalam hala tuju ini hanyalah satu permulaan, dan melalui pelaksanaannya, kami akan mempelajari dan menyesuaikan program tersebut bagi memastikan pencapaian aspirasi kami.

Tinjauan umum NKEA

Dua belas NKEA tersebut adalah teras kepada ETP. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang berpotensi untuk menyumbang secara langsung dan material kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Dua belas NKEA yang terpilih ialah Minyak, Gas dan Tenaga; Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan; Pelancongan, Perkhidmatan Perniagaan, Elektronik dan Elektrikal; Pemborongan dan Peruncitan; Pendidikan; Penjagaan Kesihatan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pertanian; dan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley.

Apakah Maknanya untuk menjadi NKEA?

Malaysia akan menumpukan usaha-usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan utama daripada Kerajaan termasuk pembiayaan, pembekalan bakat dan tenaga kerja terbaik dan medapat perhatian khusus Perdana Menteri. Sebagai tambahan, penyusunan semula polisi seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi pasaran akan disasarkan pada NKEA.

Program-program yang diusulkan akan melibatkan pemilihan dan keseimbangan keseluruhan yang nyata kepada ekonomi. Misalnya, mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA membawa kepada pengurangan pelaburan dalam sektor-sektor lain. Pelantikan sektor-sektor sebagai sektor-sektor NKEA perlu mempunyai implikasi sebenar pada sumber-sumber utama sekiranya mereka akan menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama bagi keutamaan juga akan digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor-sektor ini, seperti perbelanjaan operasi dan usaha-usaha penyusunan semula polisi tertentu sektor-sektor tersebut dan dan perubahan regulatori.

NKEA akan mendapat tumpuan khusus daripada Perdana Menteri dan akan mempunyai mekanisme laluan pantas untuk menyelesaikan pertelingkahan atau sebarang penyempitan.

Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan bagi pertumbuhan sektor bukan NKEA. Namun demikian, Kerajaan akan menumpukan usahanya pada NKEA berdasarkan sumbangan PNK yang amat ketara yang bakal dijana oleh sektor-sektor inidalam memacupembangunan ekonomi negara.

Dua Belas Bidang Ekonomi Utama Nasional adalah:

Minyak, Gas, dan Tenaga

Minyak Sawit

Perkhidmatan Kewangan

Pelancongan

Perkhidmatan Perniagaan

Elektronik dan Elektrikal

Pemborongan dan Peruncitan

Pendidikan

Penjagaan Kesihatan

Kandungan dan Infrastruktur Komunikasi

Pertanian

Greater Kuala Lumpur / Klang Valley

Sumber : PEMANDU

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s