Penggal 1 : MRR

Posted on

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-235, di Istana Negara di sini.
Mesyuarat dua hari itu bermula hari ini dan dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Pahang.
Yang turut hadir ialah semua Yang Dipertua Negeri.
Raja-Raja Melayu diiringi Menteri Besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka diiringi oleh Ketua Menteri mereka.

Soalan Esei Penggal 2 – Latihan atau ramalan ?

Posted on Updated on

Pengajian Am Penggal 2 ( 900/2 ) Soalan Bahagian C ( Esei ) Skop : Agama dan Kepercayaan

  1. Amalan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam Ideologi Negara bertujuan untuk mewujudkan bangsa dan negara yang berdaulat berasaskan kepercayaan kepada Tuhan. Justeru, kerajaan mengambil pelbagai pendekatan dan langkah untuk memelihara keharmonian antara agama. Bincangkan.

  Skop : Ekonomi

  1. Kemelesetan ekonomi yang melanda dunia turut dirasai oleh Malaysia. Oleh itu, kerajaan dan rakyat perlu memainkan peranan masing-masing untuk mengurangkan kesan yang mungkin timbul daripada keadaan ini. Huraikan. ( P2/STPM 2013 )
  2. Perdagangan dalam talian memainkan peranan penting dalam memajukan bidang ekonomi negara, namun demikian kita terpaksa bersedia untuk menerima pelbagai implikasi negatif yang timbul. Bincangkan.
  3. Kerajaan telah memperkenalkan Model Baru Ekonomi ( MEB ) untuk memacu Malaysia menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Untuk mencapai aspirasi ini, negara perlulah mempunyai ciri-ciri ekonomi yang selari dengan hasrat Model Baru Ekonomi. Bincangkan.
  4. Industri Kecil dan Sederhana memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Pada masa yang sama, sektor ekonomi ini turut menghadapi pelbagai rintangan. Ulaskan.
  5. Inflasi merupakan fenomena ekonomi yang sering menghimpit kesejahteraan hidup rakyat. Justeru, rakyat dan kerajaan terpaksa mengambil pelbagai tindakan untuk menghadapinya. Bincangkan.
  6. Kerajaan melakukan pelbagai cara untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan ketidakseimbangan pendapatan serta kekayaan negara walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Ulaskan.

  Skop : Politik

  1. Hak-hak asasi rakyat telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Tidak semua peruntukan hak asasi di peringkat global sesuai untuk diiktiraf oleh rakyat negara ini. Bincangkan.
  2. Kerajaan senantiasa berusaha untuk meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup rakyat. Bincangkan.

  Skop : Sosial dan Budaya dan Pendidikan

  1. Cabaran Ketujuh dalam Wawasan 2020 adalah mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya penyayang. Jelaskan keadaan yang mencetuskan hasrat kerajaan untuk membentuk masyarakat penyayang dan budaya penyayang. ( UP2/STPM 2013 )
  2. Golongan gelandangan yang membanjiri bandar-bandar utama di negara ini semakin meningkat. Usaha tertentu perlu dilakukan bagi menangani gejala tersebut. Ulaskan. ( UP2/STPM 2013 )
  3. Sistem pendidikan kita merupakan tunjang pembangunan negara. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan transformasi terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Bincangkan.
  4. Budaya kebangsaan perlu dikekalkan kerana ia merupakan identiti negara. Justeru kita tidak boleh membiarkan budaya kebangsaan terhakis oleh pengaruh globalisasi. Ulaskan.
  5. Mewujudkan komuniti yang selamat merupakan tanggungjawab kerajaan dan rakyat. Bincangkan.
  6. Meningkatkan keupayaan pengetahuan, budaya inovasi, dan memupuk ‘Minda Kelas Pertama’ penting dalam usaha membawa negara ke arah kemajuan. Jelaskan.
  7. Pembangunan sosioekonomi secara inklusif tidak mengabaikan kaum wanita kerana menyedari kepentingan sumbangan mereka. Justeru banyak inisiatif diambil oleh pihak kerajaan untuk memastikan golongan wanita terus menjadi penyumbang utama kepada sosioekonomi negara. Jelaskan.
  8. Pembangunan modal insan bertaraf dunia di Malaysia memerlukan usaha yang komprehensif dan bersepadu daripada sektor awam dan swasta. Bincangkan.

    Skop : Ekologi

  1. Aset alam sekitar dan sumber ekologi negara perlu diurus secara mampan supaya pembangunan masa kini tidak menjejaskan keperluan generasi akan datang. Bincangkan.
  2. Malaysia bertuah memiliki sumber biodiversiti namun menghadapi pelbagai cabaran dalam usaha memelihara dan memanfaatkan sumber tersebut. Bincangkan.
  3. Pemanasan global. Bincangkan punca-punca dan kesan-kesannya terhadap negara.

  Skop : Prasarana

  1. Sebuah negara maju berpendapatan tinggi memerlukan infrastruktur bertaraf dunia untuk menyokong aktiviti ekonomi dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Bincangkan.

  Skop : Sains dan Teknologi

  1. Mengurus sumber dan bekalan air amat penting dalam proses penyediaan kemudahan awam kepada rakyat walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Ulaskan.
  2. Tenaga boleh diperbaharui berpotensi untuk dimajukan di Malaysia, walaupun terpaksa menempuh pelbagai rintangan. Bincangkan.
  3. Malaysia memajukan teknologi hijau kerana menyedari pelbagai manfaatnya kepada negara. Ulaskan.

Skop : Integrasi dan Perpaduan

  1. Membina negara Malaysia yang bersatu padu telah diletakkan sebagai cabaran pertama dalam Wawasan 2020. Bagi mengukuhkan bangsa Malaysia yang bersatu padu, kerajaan telah memperkenalkan ideologi dan pelbagai dasar lain. Huraikan. ( P2/STPM 2013 )

Selamat datang pelajar baru Penggal 1

Posted on Updated on

Cuba layari http://www.ithink.org.my/BmHome/Page/ThinkingMaps untuk menguasai teknik Peta Fikiran.

Peperiksaan Penggal 2

Posted on Updated on

…semakin hampir.

Kepentingan Biodiversiti

Posted on Updated on

1. Kemandirian Manusia Sejagat

Biodiversiti memberikan kita udara yang bersih, air, makanan, pakaian, ubat dan semua keperluan utama kita untuk hidup.

 2. Faedah Ekosistem dan Perkhidmatan

Biodiversiti mengawal interaksi ekosistem dan proses biologi lain yang kompleks termasuklah kitaran nutrien, pendebungaan, pembentukan dan perlindungan tanah, kawalan banjir dan kawalan iklim.

3. Riadah dan Nilai Kebudayaan

Biodiversiti menyediakan nilai estetik, pendidikan, rekreasi, keagamaan dan kebudayaan. Biodiversity juga memainkan peranan penting dalam pembentukan kepelbagaian budaya bagi banyak komuniti.

4. Menyokong Kehidupan

Biodiversiti menyokong kehidupan di bumi ini pada masa ini dan pada masa hadapan dengan membenarkan organisma hidup untuk menyesuaikan diri dan berkembang mengikut perubahan keadaan alam sekitar.

Kekayaan Biodiversiti Di Malaysia​

Jenis Spesies : 

Mamalia, Burung, Reptilia, Amfibian, Ikan Air Masin, Ikan air tawar, Invertebrata, Tumbuhan berbunga, Orkid, Palms, Ferns, Kulat, Lumut, Mikroorganisma

PENGGAL 3 : LANUN !

Posted on

ISU PERLANUNAN DI PERAIRAN NEGARA DAN PERAIRAN ANTARABANGSA.
PENGENALAN
Terdapat peningkatan yang mendadak ke atas serangan lanun dan percubaan serangan lanun. Selat Melaka dan kawasan perairan utama dunia merupakan diklasifikasikan sebagai berisiko tinggi tetapi tidak sekali-kali menjejaskan aktiviti perdagangan antarabangsa malahan berlaku peningkatan dari segi jumlah bilangan kapal yang melaluinya. Masyarakat maritim antarabangsa tidak dapat menafikan kepentingan perairan laut sebagai laluan perkapalan bagi negara-negara dagangan utama dunia seperti di Asia Timur, Amerika Utara dan Eropah. Oleh itu, keperluan untuk memastikan keamanan dan keselamatan di perairan tersebut supaya bebas daripada ancaman serangan lanun serta rompakan bersenjata adalah amat penting bagi menjamin keselamatan pengguna-pengguna.
MENGAPA WUJUD KEGIATAN LANUN ?
1. Faktor ekonomi – laluan kapal untuk perdagangan seperti membawa bahan bakar petroleum dan gas. Kemakmuran ekonomi negara-negara pesisir.
2. Tumpuan Pelabuhan-pelabuhan utama. Selain daripada mempunyai kepentingan ekonomi kepada masyarakat maritim antarabangsa, Selat Melaka dan Selat Singapura juga menjadi tumpuan pelabuhan-pelabuhan utama dunia seperti Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Singapura. Berpotensi mendapat ancaman atau percubaan serangan lanun. Singapura merupakan sebuah negara yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pelabuhannya yang kini merupakan pelabuhan kontena paling utama di dunia. Kebolehan pelabuhan ini menyediakan perkhidmatan pengendalian kargo dan kapal secara profesional merupakan faktor utama yangmendorong pengguna pelabuhan untuk terus singgah di pelabuhan ini.
3. Aktiviti maritim lain seperti perikanan dan pusat rekreasi. Industri perikanan merupakan salah satu sektor utama yang membantu dalam menjana pendapatan negara Malaysia. Terdapat dua jenis perikanan yang diusahakan oleh Malaysia iaitu perikanan pesisr pantai dan perikanan laut dalam. Manakala terdapat banyak pusat rekreasi yang terletak di sepanjang Pantai Barat Semenanjung Malaysia seperti di Port Dickson, Negeri Sembilan, Melaka dan Pulau Langkawi di Kedah yang sentiasa dikunjungi oleh pelancong domestik dan antarabangsa.
KERJASAMA YANG TELAH DAN AKAN DIADAKAN DI PERINGKAT SERANTAU DAN ANTARABANGSA DALAM MENANGANI ISU INI.
1. Rondaan Bersama (Joint Patrol) Rondaan bersama antara Malaysia, Indonesia dan Singapura atau singkatannya MALSINDO telah mula dilaksanakan pada bulan Julai 2004 dan secara keseluruhannya ia bersifat bilateral daripada multilateral. Rondaan ini turut melibatkan pengangkutan laut dan udara dari negara-negara yang terlibat dalam usaha mengawal perlanunan di kedua-dua buah selat tersebut.
2. Malaysia telah berjaya menubuhkan Pasukan Pengawal Pantai di bawah Agensi penguatkuasa Maritim Malaysia (MMEA) yang terlibat dalam membuat rondaan di sepanjang Selat Melaka dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. MMEA mempunyai kuasa untuk menguatkuasa undang-undang Persekutuan ke atas keseluruhan wilayah maritim Malaysia sehingga 200 batu notika dari pesisir pantai Malaysia serta bertanggungjawab menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).
3. Penglibatan Negara-negara ASIA – Terdapat 11 buah Negara-negara Asia telah memperakukan satu perjanjian kerjasama untuk membenteras perlanunan dan rompakan bersenjata di rantau Asia Tenggara ini. Kerjasama tersebut yang dikenali sebagai The Regional Cooperation Agreement on Combating Piracy and Armed Robbery Against Ships telah diperakukan oleh Negara-negara seperti Kemboja, India, Japan, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand dan Vietnam. Dua buah Negara lagi iaitu Bangladesh dan Brunei sudah menandatangai perjanjian tersebut dan sedang dalam proses memperakukan perjanjian tersebut.
4. Penglibatan dalam aktiviti usahasama di peringkat serantau dalam usaha untuk membanteras kejadian lanun ini termasuk membangunkan rangkaian network bagi pertukaran maklumat mengenai jenayah.
5. Peranan pelabuhan. Antara langkah-langkah yang perlu diambil oleh pihak pelabuhan adalah pertama, mempertingkatkan keselamatan di kawasan dermaga, laluan menuju ke pelabuhan, kawasan kapal berlabuh termasuk rondaan berterusan di kawasan tersebut. Kedua, pengawasan berterusan ke atas kejadian-kejadian serangan di kawasan pelabuhan untuk mengenalpasti trend modus operandi yang digunakan oleh lanun dan melaporkan kejadian tersebut.
6. Konvensyen antarabangsa, terdapat beberapa konvensyen yang berkaitan dengan keamanan dan keselamatan maritim yang boleh diterimapakai untuk membanteras kejadian serangan lanun. Antaranya termasuklah konvensyen undang-undang laut antarabangsa (UNCLOS), pencemaran laut (MARPOL 73/78), konvensyen keselamatan kehidupan di laut (SOLAS 74) dan mencari serta menyelamat (SAR 79) yang telah ditandatangani oleh hampir kesemua negara- negara Asia Tenggara.

Kesimpulan –
Isu perlanunan merupakan satu isu global yang perlu ditangani oleh masyarakat maritim antarabangsa. Walaupun statistik serangan lanun bagi tempoh lima tahun iaitu dari tahun 2000-2005 telah menunjukkan penurunan yang memberangsangkan namun ini tidak bermakna segala aktiviti rondaan dan kawalan yang sedang dijalankan perlu dikurangkan. Sebaliknya, setiap rondaan dan kawalan perlu dipertingkatkan untuk mengelak sebarang percubaan serangan-serangan baru.

Penggal 3 : Pelaburan Asing

Posted on Updated on

Usaha menarik pelaburan asing, kebaikan dan keburukan :

Pengenalan :

Pelaburan asing merupakan nadi penggerak ke arah pembangunan negara. Kemasukan pemodal-pemodal asing dapat menambahkan pendapatan negara, meningkatkan gunatenaga dan mempercepatkan pemindahan teknologi dan kepakaran ke dalam pelbagai aktiviti ekonomi. Kerajaan telah melipatgandakan usaha untuk menggalakkan pelaburan asing di negara ini.

Langkah-langkah manarik masuk pelaburan asing :

1. Skim galakan. Merupakan daya tarikan yang mustahak untuk menggalakkan pelaburan asing. Pihak kerajaan memberikan taraf perintis untuk membolehkan syarikat-syarikat asing yang baru menikmati kemudahan pengecualian cukai, di samping melanjutkan tempoh pengecualian cukai untuk syarikat- syarikat asing yang sedia ada. Dalam usaha menambahkan modal asing, pihak kerajaan juga harus melonggarkan peraturan pelaburan dengan membenarkan rakyat asing memiliki ekuiti yang lebih besar sehingga 100% dalam sesuatu projek. Keistimewaan ini dapat menarik pera pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Malaysia juga mengamalkan dasar pertukaran wang asing yang liberal. Pelabur-pelabur asing dibenarkan membawa keluar segala keuntungan dan pulangan modal. Ini satu-satunya insentif negara yang dihargai oleh pelabur asing.

Read the rest of this entry »